Anggota bomba bantuan yang cedera ketika cuba menagkap beruang matahari yang tersesat di Kampung Kabu Sepuluh di Yan, Kedah pada Khamis, kini dalam keadaan stabil.<br /><br />Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Yan, Noorhamidi Ali berkata, keadaan Mohd Nizam Hamid, 27, bertambah baik selepas menjalani pembedahan pada pagi Jumaat.